
01 May 2008
30 April 2008
Getah -Panggilan Kecemasan



Sudah hampir 4 bulan tapi kerja-kerja menanam pokok getah masih belum selesai.. itu baru 7 ekar lebih..macam mana kalau 70 ekar..habis tu kalau 700 ekar....???.Big Boss sudah bising
Kecemasan ... kena panggil buruh tambahan.. 4 buruh tambahan dipanggil- 2 hari kerja sudah siap..sekitar akhir April... Alhamdulillah.. kerja menanam getah sudah selesai.
Kecemasan ... kena panggil buruh tambahan.. 4 buruh tambahan dipanggil- 2 hari kerja sudah siap..sekitar akhir April... Alhamdulillah.. kerja menanam getah sudah selesai.
Semak semakin menebal... hai bila la boleh potong rumput..Ingat nak kumpul shareholder-shareholder untuk turun gotong-royong.. tapi masing-masing sibuk dengan dunia korporat...dunia cangih manggih.. tak de masa nye...
Upah Tanam-- Pak teh RM263
Upah Tanam-- Pak teh RM263
Mat Min RM 223
Iwan RM 310
Pengurus RM 75
Anak Getah yang dibekalkan Pok Soh Yah hanya 663 sahaja.Big Boss Bayar RM 1800 untuk 782 pokok(RM2.3/Pokok).. Jadi kurang 119 pokok(RM275)... Jadi macammana tu...
Tambahan pokok sendiri 208 pokok ..
Tanaman sebelum 500 pokok
Sekarang 871 pokok
Total Pokok Getah di Lot 596 sebanyak 1371 pokok... betul ke siapa nak kira ni...
10 April 2008
Pisang April 08


Acara meneruskan tanaman getah tergendala seketika disebabkan anak benih kehabisan dan cuaca yang agak panas sepanjang mac dan april 08.Jadi tanam pisang boleh dimulakan berselang seli dengan getah untuk seketika waktu.
Mula tanaman pisang 10 Apr 08 - 200 pokok - kos RM160 - upah RM 240
27 Apr 08 - 200 pokok - kos RM 160 - upah RM 240
Anak benih dari kampung sekitar Macis.Asalnya nak cari anak benih kultur..tapi kekurangan sumber dan masa pakai redas anak benih kampung pun jadi.. lagi pun harga murah - 80 sen sebenih.Semua urusan penanaman dilakukan oleh pengurus kebun seorang je... sempat ke tidak... Tapi masa ni ambil kesempatan di atas tertundanya penanaman getah disebabkan cuaca amat panas.. orang kampung kata tak sesuai tanam getah.. April , sempat tanam 400 pokok sahaja.
..
09 April 2008
23 March 2008
Getah Mac 08


Masuk Mac 08 kerja-kerja penanaman getah menjadi agak perlahan disebabkan cuaca agak panas dan pilihan raya umum ke 13 MALAYSIA.Cuaca panas dikatakan orang tak sesuai memulakan tanaman getah.Penyelaras tanaman kelompok menasihati supaya menanam di waktu malam bulan terang...HAIYAAAA...
Rumput mula tumbuh subur ... anak getah yang ditanam akhir Januari ada yang mati dan perlu diganti dan mana-mana pokok yang meninggi perlu disokong tetapi kesuntukan hari pada bulan Mac menyebabkan banyak kerja-kerja senggaraan tertangguh.Pembajaan juga sudah sepatutnya dimulakan.Tapi masih banyak lagi anak-anak getah yang belum ditanam.
22 Mac 08 -Beli mesin rumput -RM 950
20 March 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)