26 January 2008

Tanaman Getah Bermula




Akhir jan 08 tanam getah dimulakan.. Hanya pengurus kebun seorang sahaja yang menjalankan kerja-kerja tanaman tersebut.. 2000 anak pokok dibekal/subsidi oleh Risda.Hampir 500 anak pokok mati kerana lambat dipindahkan ke tapak tanaman.


Tempahan anak getah gantian dengan Pok Soh Yah Bukit Merah sebanyak 800 pokok.. dengan harga RM2.30/pokok jadi anggaran anak getah RM 1840 .Aku Online MBB Big Boss 21 jan RM 1900.. Tapi untuk Anak Getah RM 1280 ...untuk upah memagar RM 620...pandai-pandai la buat agihan.

25 January 2008

Pagar

Sisi-sisi yang tidak sempurna.. ada masa esok kena betulkan balik...

Proses pemagaran agak tidak memuaskan di sebabkan hanya kemasan di bahagian sisi depan/selatan sahaja yang sempurna.Manakala sisi barat ,utara dan timur tidak sempurna di sebabkan kekurangan pekerja dan modal.Sisi sisi dikategorikan tak sempurna kerana papan disusun agak jarak menyebabkan pemangsa boleh menceroboh kedalam kebun.


Tapi kira ok la dengan bajet yang ciput.

Memagar Lot 596


Memagar Lot 596

Setelah januari 08 hampir kepenghujung ... dan proses pemagaran
nampak terlalu perlahan maka tambahan buruh terpaksa dibiayai.2 buruh siam diupah..
Upah membuat pagar - RM 40 serantai... Keseluruhan RM 620.. 21 Jan 08 buruh siam ditamat perkhidmatan..kerana tidak berdaya maju..Tinggallah pengurus kebun berseorangan menbereskan kerja-kerja pemagaran.

Memagar Di Lot 596/7.52 ekar/3.04 hek



Memagar kawasan seluas 7.524 ekar/3.044 hektar untuk memulakan tanaman getah di Lot no: 596 kg Mancis mukim Kumpal Negeri Trengganu.Macam kandang kuda.Dulu ada perancangan nak lepas itik dalam lot yang dipagar tu... banyak sangat plan tu ...tapi duit tak berapa banyak...
Hampir 2 minggu pagar belum siap- siap.

Papan Papan Pagar


Sekitar akhir Disember 2007 papan scrap dibeli di sebuah kilang papan di Bukit Besi dengan harga RM 450 selori.Aku order 2 lori = RM 900.Selepas lebih kurang 2 minggu baru papan tersebut dihantar ke kebun.Kerja-kerja pemasangan pagar dilakukan pada awal jan 2008 .

mula-mula kena beli paku 6 jan 08 - RM 118

Pada awalnya hanya pengurus kebun seorang sahaja yang memagar dan menanam getah.. supaya bajet tak lari...

Itu pun untuk turus pagar buruh siam yang memacakkan dengan upah 1 RM sebatang.. ada kira kira ..... batang turus pagar.

03 January 2008

peta ke AgroMancis

Aku mula mencampakkan handpon aku yang canggih (mau tak canggih harga RM3000 ++) siap dengan nombor harga tender ketepi dan mula menyewa helikopter untuk mengambil gambar dari atas kawasan yang nak diusahakan tu.Hasilnya seperti gambar di atas tu.Kawasan yang nak diusahakan tu dinamakan AGROMANCIS.. sebab asal buka web berkaitan pertanian masing masing taruk AGRO.. bagi nampak global kot.Aku pun taruk AGRO juge le.

Peta ke AgroMAncis

2008 Aku merancang untuk membangunkan kebun di atas tanah seluas lebih 20 ekar yang ayah aku usahakan semenjak 1940an di mukim Kumpal daerah Dungun Trengganu.Itu pun setelah lebih 10 tahun digesa oleh ayah aku.Amatlah tidak berminat untuk bekerja cucuk tanam ni.Aku lebih seronok dengan kerja-kerja yang moden,canggih dan nampak lebih profesional atau dengan kata lain menampakkan gaya ala- ala korporat.Setelah lebih 17 tahun bertungkus lumus untuk mengejar impian tersebut dengan beberapa bidang bisnes..berbagai projek...bermacam-macam perancangan..kursus-kursus..seminar-seminar..bergelumang dengan macam- macam buku motivasi sehingga terlebih motivasi dan naik muak.. akhirnya aku terpaksa juga menyembah bumi yang menjadi impian ayah aku.Nampak gayanya aku yang merangka sejuta impian ayah aku pulak yang hampir mencapai impiannya. Macam biasa le..kalau nak buat sesuatu pekerjaan macam- macam yang aku suka rancangkan.. dari segi modal, tapak, unjuran- unjuran jangka pendek dan jangka panjang..kertas kerja.. sehingga melangkau 20 tahun ke depan.Ayah aku kata tak payah tu semua... buat saja......

01 January 2008

2-3 Tahun Lepas


Sekitar 2006 selepas tanaman semula getah yang dilaksanakan oleh RISDA telah gagal disebabkan ???? .Macam macam perancangan dibuat untuk menjayakan tanah sekangkang kera ini.. hanya untuk menenangkan hati big boss.

Tanam@Ternak????


2006

Nak buat apa ni.. Naga..Getah ..Kelapa sawit..Lembu ..kambing.... Ikan Keli.. Arnab..Ayam.. Serai... cacing... sayur mayur

Meninjau tapak pertanian 2-3 tahun Lepas

2006
Ini tanah lebih 20 ekar ni tiada hasil se sen ni apa cerita ? .

Lembu Lembu

Orang lain punya lembu tumpang berteduh.Kita punya lembu ..... "coming soon" .Sekitar 2006 ini risda punya projek mula kelihatan gagal.

Lawatan Ke AgroMancis 2-3 Tahun Lepas


Lawatan ke AgroMancis sekitar 2006...Masih belum pasti apakah yang akan diusahakan.

Teratak AgroMancis sekitar 2006


Dulu dulu kalu mari sini malas pun nak naik atas pondok buruk ini.