30 June 2008

Uting Betul- Betul



Membaja Belum,Merumput Belum,Batu pula Kena Cari


Di Lot 1066 Batu sempadan berada lebih kurang 5 kaki di dalam kawasan jiran sebelah
Jadi Pagar ini perlu di ubah

SO telah membuat pencarian batu sempadan semula pada Lot 596 ,lot 1066 dan Lot 1069 pada 20 Jun 08.Pada 30 Jun 08 Aku,Big Boss dan pengurus ladang telah melawat batu-batu sempadan yang dijumpai. Satu batu telah dijumpai.Yang lain-lain telah hilang dimakan ssodok.Penanda baru telah diwujudkan.

Big Boss Mengeluarkan Belanja RM 500 untuk kos pencarian 4 x batu sempadan.


Tapak Tanaman sayur ready





Bijih benih lada dah ready... tapi memandangkan Lot 596 kurang terurus kena tangguh dulu untuk projek 1000 cili.

Mana Nak Cari Batu Ni/LOT 1066/1069





Meredah hutan 30 Jun Untuk melihat batu sempadan yang telah dishakan oleh SO.

Pemotongan Rumput Belum Selesai







Sektor Kanan rumput masih belum dimesin.Sektor kiri barisan getah sahaja yang bersih



29 Jun 08 Lawatan rutin ke Kebun... oops .. pening kepala ..pemotongan rumput belum selesai.Baru 3 ekar pemotongan rumput dibereskan melibatkan hanya 10 barisan getah sahaja ....Rumput pada pokok pisang masih lagi belum dipotong.Pokok getah dan pisang ditenggelami rumput sebelah kanan parit.Kena bereskan sehingga akhir Julai 08 ini untuk membersihkan kesemua sekali pisang dan getah sebab pembajaan mesti di segerakan.Pokok pokok kelihatan tak cukup baja.Arahan memotong dikeluarkan segera .. akhir Julai 08 ni mesti siap potong dan baja untuk 6 ekar tu.

Bos Besar dah bising.. Kerja tak efektif katanya... Kena buat gesaan demi gesaan.Pengurus kebun berjanji Insyaallah akhir Julai ni.. 6 ekar tu beres .. barulah boleh beralih pada tanaman sayur terutama cili kerana tapak tanaman dah dibersihkan.

29/6/08

Pengurus RM 1000
Petrol yang telah digunakan RM 50
Tambahan beli petrol RM100
Beli Batu Sempadan
dan Tiang Pagar RM 100

26 June 2008

Kelapa Sawit/Lot 1066 2005 vs 2008

Lot Kelapa Sawit 2008
Lot Kelapa Sawit 2005

16 June 2008

Kelapa Sawit di Lot 1066,1069,1070 dan Lot Reserve - Tertangguh



Gambaran 2008.

Kekurangan keinginan dan dana menyebabkan Kawasan menjadi semak kembali
Beberapa perbincangan dengan pekebun -pekebun di sekitar kg. Mancis mentaksirkan jumlah peruntukan untuk menyediakan tapak tanaman kelapa sawit sekarang sekitar RM 10K.

Keluasan 10 ekar

Membuldoze RM 5000
Membajak RM 2000
Memagar RM 3000

Tangguh lagi lah gamaknye..Mana-mana kroni yang berminat nak menbantu tu .. amat dialu-alukan.






Tapak untuk Tanaman kelapa sawit sudah terang benderang pada 2005

15 June 2008

Letrik Belum On

15 jun 08.. Kontraktor silap daftar pulok.. dulu Dungun... sekarang Jerangau... hah... daftar jangan tak daftar... gitu la ye..

Tanaman Pisang Sudah Beres



13 jun 08 - 200 pisang - RM 160 -upah -RM 240


Pertengahan Jun 08 penanaman pisang berakhir.. Jan 2009 boleh lah jual.. siapa nak beli pisang...pisang...pisang... pisang... RM 25 setandang...murah...murah.. cepat ..cepat


kalau menjadi semuanya ... siap la... seribu pokok maknanya 1000 tandan. siapa nak beli ekk..

13 June 2008

Arnab - Makan Besar






OOOooo baru sebulan bela arnab ... rupe rupenye makan je kerje depa...

01 June 2008

Say No More To Pelita Minyak Gas

1 Jun 08 Tambah lagi RM 50 untuk kontrator pendawaian.... Api belum masuk lagi