30 June 2008

Pemotongan Rumput Belum Selesai







Sektor Kanan rumput masih belum dimesin.Sektor kiri barisan getah sahaja yang bersih



29 Jun 08 Lawatan rutin ke Kebun... oops .. pening kepala ..pemotongan rumput belum selesai.Baru 3 ekar pemotongan rumput dibereskan melibatkan hanya 10 barisan getah sahaja ....Rumput pada pokok pisang masih lagi belum dipotong.Pokok getah dan pisang ditenggelami rumput sebelah kanan parit.Kena bereskan sehingga akhir Julai 08 ini untuk membersihkan kesemua sekali pisang dan getah sebab pembajaan mesti di segerakan.Pokok pokok kelihatan tak cukup baja.Arahan memotong dikeluarkan segera .. akhir Julai 08 ni mesti siap potong dan baja untuk 6 ekar tu.

Bos Besar dah bising.. Kerja tak efektif katanya... Kena buat gesaan demi gesaan.Pengurus kebun berjanji Insyaallah akhir Julai ni.. 6 ekar tu beres .. barulah boleh beralih pada tanaman sayur terutama cili kerana tapak tanaman dah dibersihkan.

29/6/08

Pengurus RM 1000
Petrol yang telah digunakan RM 50
Tambahan beli petrol RM100
Beli Batu Sempadan
dan Tiang Pagar RM 100