30 April 2008

Getah -Panggilan Kecemasan





Sudah hampir 4 bulan tapi kerja-kerja menanam pokok getah masih belum selesai.. itu baru 7 ekar lebih..macam mana kalau 70 ekar..habis tu kalau 700 ekar....???.Big Boss sudah bising

Kecemasan ... kena panggil buruh tambahan.. 4 buruh tambahan dipanggil- 2 hari kerja sudah siap..sekitar akhir April... Alhamdulillah.. kerja menanam getah sudah selesai.


Semak semakin menebal... hai bila la boleh potong rumput..Ingat nak kumpul shareholder-shareholder untuk turun gotong-royong.. tapi masing-masing sibuk dengan dunia korporat...dunia cangih manggih.. tak de masa nye...

Upah Tanam-- Pak teh RM263
Mat Min RM 223
Iwan RM 310
Pengurus RM 75
Anak Getah yang dibekalkan Pok Soh Yah hanya 663 sahaja.Big Boss Bayar RM 1800 untuk 782 pokok(RM2.3/Pokok).. Jadi kurang 119 pokok(RM275)... Jadi macammana tu...
Tambahan pokok sendiri 208 pokok ..
Tanaman sebelum 500 pokok
Sekarang 871 pokok
Total Pokok Getah di Lot 596 sebanyak 1371 pokok... betul ke siapa nak kira ni...

10 April 2008

Pisang April 08



Acara meneruskan tanaman getah tergendala seketika disebabkan anak benih kehabisan dan cuaca yang agak panas sepanjang mac dan april 08.

Jadi tanam pisang boleh dimulakan berselang seli dengan getah untuk seketika waktu.
Mula tanaman pisang 10 Apr 08 - 200 pokok - kos RM160 - upah RM 240

27 Apr 08 - 200 pokok - kos RM 160 - upah RM 240


Anak benih dari kampung sekitar Macis.Asalnya nak cari anak benih kultur..tapi kekurangan sumber dan masa pakai redas anak benih kampung pun jadi.. lagi pun harga murah - 80 sen sebenih.Semua urusan penanaman dilakukan oleh pengurus kebun seorang je... sempat ke tidak... Tapi masa ni ambil kesempatan di atas tertundanya penanaman getah disebabkan cuaca amat panas.. orang kampung kata tak sesuai tanam getah.. April , sempat tanam 400 pokok sahaja.

..

09 April 2008

Projek Ayam Kampung





Bela ayam ni sekadar untuk memeriahkan kawasan kebun je...bukan untuk kormesial.. Maklumlah kawasan agak pendalaman kalau tak ada ayam ni rasa agak sunyi sikit.Kalau ada kokokan ayam tu terasa juga suasana kekampungannya.