31 July 2008

Dah Dapat Pengurus Kebun

Pengurus kebun dah balik kampung ..hari ini 31 Julai baru dapat kontek..

progress kebun..

Getah - Pemotongan rumput selesai.
Pisang - Pemotongan rumput baru 50% selesai..

Dah terlewat lagi la nampaknya.. sebab pemotongan rumput dan pembajaan sepatutnya siap bulan Julai 2008.

Pengurus akan balik kekebun pada isnin / 4 0g0s. Aku cadang nak lawat kebun 3 ogos..Pengurus kebun suruh tangguh pada Ahad 10 Ogos.

Harap-harap dia boleh dapatkan baja dari Peladang Jerangau dalam masa 4 ogos hingga 10 Ogos tu.Jadi Pembajaan boleh diteruskan dan harap-harap sebelum puasa ni masalah getah dan pisang selesai.. Nak tumpu pada lada pula.

Kena telepon shareholder-share holder gotong royong pembajaan baru cepat rasanya.

18 July 2008

Mana Pengurus Kebun Niii...

Sudah emapt hari kontek Perngurus Kebun tak dapat-dapat... macam mana nak hantar baja ni...

14 July 2008

Baja Sudah Jumpa

Perbincangan dengan taukey baja pada malam 14/7/08.. baja 15:15 ???..Harga 125 sebeg 50 kg

0.5kg - 1 pokok
500kg - 1000 pokok

1 beg - 50kg -RM125
1000 pokok - 500kg - 10 beg
10 beg - RM1250 - 1000 pokok

siap hantar kebun
Perbincangan dengan Weil setuju 50:50

10 July 2008

Pencarian Baja untuk Pisang

Aku menelefon encik Izad(Jerantut) bertanyakan pasal bajal BASAL 2000 yang ditemui dalam sebuah laman web.Baja tersebut untuk kegunaan semua jenis tanaman tetapi beliau lebih tumpukan penyelidikan keatas keluasan tanaman kelapa sawit.BASAL 2000 bertindak sebagai racun dan baja sekali gus kerana ia membunuh warna warna hijau.Jadi semburan kena jauh dari batang anak pisang.

BASAL 2000 4L (sebotol)-1 ekar kelapa sawit - 55 pokok - RM 65

Jadi 1 pokok = 0.073L

Kalau nak digunakan pada pokok pisang Agromancis 1000 pokok

1000 x 0.073L = 72.73L/4 = 18 botol x RM 65 = RM1181.80 boleh diskaun lagi......

08 July 2008

Baja oh Baja

Perjumpaan dengan Big Boss pada Ahad 6 Julai 2008 agak kritikal kerana beliau agak tidak berpuas hati dengan keadaan kebun yang belum kemas dan pembajaan yang agak sudah terlewat.Baja untuk pokok getah mencukupi tetapi untuk pisang kena fikirkan peruntukan lain.

Pengurus ladang pula sedang bercuti sakit mulai 2 julai 2008 dan mungkin akan balik ke kebun pada 10 julai.8 hari lama oiiii..Kuli- kuli mesti hilang... sapa nak bagi makan arnab dan ayam-ayam tu...

Aku menelefon pengurus ladang dan beliau berjanji kerja-kerja pemotongan rumput dan pembajaan boleh siap sehingga akhir Julai 2008.

2nd boss sudah order 2 tong petrol untuk mesin rumput.

RM100.30/tong x 2 = RM200.60 Duit 2nd boss dahulukan... ni siapa nak ganti balik ni

aku agak-agak mesti 1 tong 30 L petrol tu sebab 100.30/30 = RM3.34/L memang di Agromancis minyak mahal sikit kerana kawasan agak terpencil.

02 July 2008

Durian sudah Berbuah





Durian dah mula nak luruh.. Masa kebun tak terjaga dulu-dulu durian berbuah lebat. Bila ada hati nak selalu bertandang ke kebun ni .. buahnya sebijik dua saja sepokok..