Perjumpaan dengan Big Boss pada Ahad 6 Julai 2008 agak kritikal kerana beliau agak tidak berpuas hati dengan keadaan kebun yang belum kemas dan pembajaan yang agak sudah terlewat.Baja untuk pokok getah mencukupi tetapi untuk pisang kena fikirkan peruntukan lain.
Pengurus ladang pula sedang bercuti sakit mulai 2 julai 2008 dan mungkin akan balik ke kebun pada 10 julai.8 hari lama oiiii..Kuli- kuli mesti hilang... sapa nak bagi makan arnab dan ayam-ayam tu...
Aku menelefon pengurus ladang dan beliau berjanji kerja-kerja pemotongan rumput dan pembajaan boleh siap sehingga akhir Julai 2008.
2nd boss sudah order 2 tong petrol untuk mesin rumput.
RM100.30/tong x 2 = RM200.60 Duit 2nd boss dahulukan... ni siapa nak ganti balik ni
aku agak-agak mesti 1 tong 30 L petrol tu sebab 100.30/30 = RM3.34/L memang di Agromancis minyak mahal sikit kerana kawasan agak terpencil.