31 August 2008

Pagar Untuk Sayur-Sayuran


Boleh Siap Ke Pagar ni sebelum Raya Puasa


Tiang ada

Papan ada

Paku ada

Gergaji ada

Tukul ada

pekerja ada


Hari Merdeka ke 51/Sehari sebelum Puasa





Pengurus Kebun telefon menanyakan samaada aku kekebun atau tidak hari ini.Rasa-rasanya sebulan bulan puasa ni tiada lawatan kerja dalam perancangan.

Baja baru habis 2 beg digunakan... berapa luas kawasan yang dibajai..??

Online gaji RM 1000 untuk pengurus..
dikabarkan Big Boss nak buat lawatan jumaat depan minggu pertama puasa..

Aku merangka beberapa kerja untuk pengurus.. Mana satu nak cekup dulu pun tak tau..

1. Membaja Getah dan pisang kena bereskan sebelum Hari Raya Puasa 2008
2. Rumput mesti diracun... Usah memotong dengen mesin rumput nampaknya tidak menghasilkan kenampakan yang diingini.. Rumput lebih cepat tumbuh dari kepantasan kerja pengurus.
3. Pagar di Lot sayuran/cili juga mesti disiapkan sebelum hari raya..Jadi Lepas Raya boleh tanam cili,kacang panjang,kacang botol,kacang bendi,terung bulat,terung lonjong,timun dan sebagainya.
4. Kena juga cari kontraktor untuk melesen,memasang dan mentauliahkan paip air ke Teratak Agro.

23 August 2008

Getah dan Pisang Kelaparan Lagi

Bertolak dari kg Kolam 6 30 pm .. sampai di Agromancis pukul 9 30 pm.. disambut oleh Pengurus II dalam keadaan terenjut-enjut.. Hujan masih renyai-renyai.. air bertakung di laman teratak .. Dah seminggu hujan katanya.. Aku tanya pembajaan dah berapa guni habis.. Pengurus kata belum satu beg baja pun digunakan di sebabkan kakinya tercedera terkena chalk(cangkul) seminggu lepas.. lapar lagi la pokok pokok di kebun tu

22 August 2008

Ketemu Pengurus di kenduri Kawin

22 ogos aku balik kampung hadir kenduri kawin anak pengurus kebun.. Bertanya soal kebun ..beliau menegaskan bahawa pengurusan sementara cuti ni dikendalikan oleh Pengurus II.No problem semua beres.

Big Boss pula masih tak berpuas hati dengan progress kebun.. Kalau dibandingkan dengan kerja-kerja yang beliau lakukan sendiri lebih 20 tahun dulu projek ini dikirakan gagal le.Beliau dulu mengerjakan kebun tersebut dengan kekurangan serba serbi dari segi Man Power, Lojistik, Financial maupun planing-planing.

Shareholder-shareholder lain tak berminat untuk bertanyakan progress kebun.. tak juga berminat untuk sama-sama memikiourkan macam mana nak menjadikan tanah seluas itu menjadi productive.

16 August 2008

Pengurus Cuti Lagi


Pengurus terpaksa bercuti lagi sebab anak sulung nak kawin..cuti agak panjang.. 16 ogos hingga 25 ogos.. panjang lagi le rumput di kebun.. Pembajaan pun belum selesai.. Anak getah yang di pesan dengan Yajid pun belum sampai..

20 ekar .. 2 Pengurus .. Susah mau jaga .. kena cari kuli kuli lagi .. Kalu guna konsep gotong royong.. save budget.


10 August 2008

10 ogos beli baja

Aku Kekebun lagi.. dah sebulan tak kekebun.. harap-harap kerja perumputan dah selaesai..
Minta Pengurus kebun tunggu di Jerangau .. Nak order baja barang sebeg dua.. Pukul 1 pm aku sampai di Peladang Jerangau (PPP)..

Baja RM 140 x 5 Beg = RM 700
Upah Lori PPP RM 30
Gaji RM 1000
Anak Getah Tambahan - RM 500/bagi ke Yajid

Duit anak getah pakai duit mek/duit jual getah.

Yajid kata anak getah 3 hari lagi sampai le...
Baja Akan dihantar esok isnin oleh Peladang(PPP)

Harap Kerja Pembajaan selesai sebelum pengurus balik kampung untuk urusan anak kawin pada 16 ogos ni.

Pisang dan Getah selepas 3 bulan

Dah sebulan tak ke kebun tu.. bukan apa ,malas nak tengok kerja yang belum siap-siap seperti yang dijanjikan.Jadi harap-harap selepas sebulan ni kerja-kerja merumput dipangkal pokok pisang dan getah beres semuanya. Rupa-rupanya batasan pisang baru 80% beres kerja-kerja merumput manakala perbatasan getah pula rumput dah mula memanjang .. macam photo diatas.. pening weh lagu ni...

Aku ingat lepas sebulan siap licin minyak 7 ekar tu.. termasuk tepi pagar dan luar pagar sekali .. ni di baris baris getah dan pisang pun tak puas hati lagi..... jadi aku tarik handbreak slow slow dan turun gear rendah sikit.. buat lah lagu mana pun pengurus kebun asal naik pokok pise dan getah tu.. lagi pun bukan buleh makan jasa dengan taname ni.Asal ada pun ok jugak.. Lagi pun duit aku berkepuk-kepuk.. tak de hal setakat nak jaga 20 ekar kebun tu.

HR Error

Aku ke Rumah Bekas Penjaga Kebun Era BC.. Ada cerita-cerita yang tak sedap didengari mengikut persepsi pengurusan modern..

Pertama .. Pengurus Kebun I dan II diceritakan telah menjual hasil maksyul produk kebun hasil 2 hari yang diusahakan oleh Kuli Siam dengan nilaian RM 800.

Kedua .. Mengikut perkhabaran seterusnya.. Pengurus Kebun akan menggantikan kerugian Kuli Siam tersebut dengan DAM sebanyak 2 hari menoreh..

Ketiga .. Khabarnya juga ... Kuli siam tidak menerima tawaran gantian DAM 2 hari itu kerana kerja torehan yang tidak kreatif dan hasil nilaiannya juga terkurang sedikit.

Keempat.. diwar- warkan lagi.. dah Kuli Siam tak mau terima hasil torehan tersebut ..jadi Pengurus Kebun jual lagi dengan nilaian RM 700... wow.. pendapatan jadi 2 xganda .. orait.

Kelima.. Teratak Agro sudah menjadi sarang judi.. Kasino le tu..

Jadi sebagai CEO yang lemah aku kena memikiorkan cara macam mana nak selesaikan perkara tu..

2nd Big Boss mesti mengamokkk...