10 August 2008

Pisang dan Getah selepas 3 bulan

Dah sebulan tak ke kebun tu.. bukan apa ,malas nak tengok kerja yang belum siap-siap seperti yang dijanjikan.Jadi harap-harap selepas sebulan ni kerja-kerja merumput dipangkal pokok pisang dan getah beres semuanya. Rupa-rupanya batasan pisang baru 80% beres kerja-kerja merumput manakala perbatasan getah pula rumput dah mula memanjang .. macam photo diatas.. pening weh lagu ni...

Aku ingat lepas sebulan siap licin minyak 7 ekar tu.. termasuk tepi pagar dan luar pagar sekali .. ni di baris baris getah dan pisang pun tak puas hati lagi..... jadi aku tarik handbreak slow slow dan turun gear rendah sikit.. buat lah lagu mana pun pengurus kebun asal naik pokok pise dan getah tu.. lagi pun bukan buleh makan jasa dengan taname ni.Asal ada pun ok jugak.. Lagi pun duit aku berkepuk-kepuk.. tak de hal setakat nak jaga 20 ekar kebun tu.