31 August 2008

Hari Merdeka ke 51/Sehari sebelum Puasa





Pengurus Kebun telefon menanyakan samaada aku kekebun atau tidak hari ini.Rasa-rasanya sebulan bulan puasa ni tiada lawatan kerja dalam perancangan.

Baja baru habis 2 beg digunakan... berapa luas kawasan yang dibajai..??

Online gaji RM 1000 untuk pengurus..
dikabarkan Big Boss nak buat lawatan jumaat depan minggu pertama puasa..

Aku merangka beberapa kerja untuk pengurus.. Mana satu nak cekup dulu pun tak tau..

1. Membaja Getah dan pisang kena bereskan sebelum Hari Raya Puasa 2008
2. Rumput mesti diracun... Usah memotong dengen mesin rumput nampaknya tidak menghasilkan kenampakan yang diingini.. Rumput lebih cepat tumbuh dari kepantasan kerja pengurus.
3. Pagar di Lot sayuran/cili juga mesti disiapkan sebelum hari raya..Jadi Lepas Raya boleh tanam cili,kacang panjang,kacang botol,kacang bendi,terung bulat,terung lonjong,timun dan sebagainya.
4. Kena juga cari kontraktor untuk melesen,memasang dan mentauliahkan paip air ke Teratak Agro.